Petani terpaksa berputih mata, padi terendam banjir
Iklan
Para petani menunjukkan tali air yang kecil selain ditumbuhi rumput panjang yang menghalang pengairan air dari petak sawah.
JERLUN - Kira-kira 50 petani mendakwa mereka berputih mata kerana mengalami kerugian puluhan ribu ringgit apabila tanaman padi mereka terendam di dalam air akibat banjir di Kampung Gurindam, Mukim Jeram, dekat sini, baru-baru ini.
Seorang petani, Megat Salehudin Megat Mustafa, 50, berkata, padi seluas hampir 31 hektar diusahakan mereka sepatutnya dapat dituai pada minggu lalu namun hujan lebat menyebabkan banjir sekali gus pokok padi terendam di dalam air.
Iklan
Iklan
Megat Salehudin
Menurutnya, mereka dibekalkan pam air oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk mengeluarkan air dari petak sawah namun mengambil masa kerana melibatkan kawasan yang luas.
"Air (di dalam petak sawah) terlalu lama untuk dikeluarkan jadi padi kalau dalam air ini (terendam) seminggu sahaja, pokok padi boleh mati.
Iklan
"Kami terpaksa menangung kerugian besar pada tanaman musim kali ini," katanya semasa ditemui di Kampung Gurindam, dekat sini pada Isnin.
Seorang lagi petani, Hashim Ahmad,57, mendakwa, tali air yang disediakan bagi tujuan pengairan di kawasan tanaman padi itu juga kecil.
Iklan
Hashim
Tambahnya, tali air itu turut dipenuhi rumpai air mengakibatkan aliran air tidak dapat keluar ke sungai dengan sempurna.
"Bila hujan turun dalam dua jam, seminggu lebih baru air nak surut. MADA ada hantar pam pakai bateri tapi jadi masalah pada kami. Kami minta pam elektrik tapi mereka bagi pam bateri," jelasnya.
Seorang lagi petani, Megat Mustafa Megat Harun, 79, pula memohon pihak berwajib agar dapat membantu menyalurkan wang ehsan kepada mereka untuk dijadikan modal bagi tanam semula padi pada musim akan datang.
Megat Mustafa
Ujarnya, bantuan yang dihulurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sangat diharapkan oleh para petani di sebalik peningkatan kos sara hidup sejak akhir-akhir ini.
"Saya tengok anak-anak buat bendang pun kasihan sebab kadang-kadang tak balik modal (tiada keuntungan)," katanya.
Banjir yang melanda daerah Kubang Pasu baru-baru ini turut mengakibatkan tanaman padi terendam air di Kampung Gurindam, Mukim Jeram, Jerlun.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam