Tiket Euro 2024 mula dijual pada Selasa

Iklan
Tiket hanya boleh dibeli melalui portal badan induk Eropah UEFA dan secara digital.

FRANKFURT - Tiket Euro 2024 akan dijual mulai Selasa, dengan kumpulan pertama 1.2 juta tiket untuk perlawanan di Jerman.

Harga ditetapkan antara €30 (US$32) bagi tiket termurah peringkat kumpulan, sehingga €2,000 untuk tiket premium bagi perlawanan akhir.

Iklan
Iklan

Peminat boleh memesan sehingga empat tiket seorang sehingga 26 Oktober dan diikuti jualan loteri memandangkan permintaan dijangkakan melebihi bilangan tiket, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Satu lagi fasa jualan akan dibuat selepas undian peringkat kumpulan pada 2 Disember di Hamburg.

Iklan

Secara keseluruhan, 2.2 juta tiket tersedia untuk peminat bagi kejohanan antara 14 Jun-Julai, 2024, di 10 bandar Jerman yang membabitkan 24 pasukan dan 51 perlawanan.

Tiket hanya boleh dibeli melalui portal badan induk Eropah UEFA dan secara digital, seperti di Piala Dunia 2022 di Qatar. - Bernama

Iklan