Cemas nyaris bertembung kereta lawan arus

Iklan
Tangkap layar klip video tular memaparkan sebuah kereta dipandu secara melawan arus hingga nyaris mengakibatkan kemalangan dipercayai berlaku di Lebuhraya CSR di Bentong.

KUANTAN - Seorang individu berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya nyaris bertembung dengan sebuah kenderaan lain yang dipandu laju secara melawan arus dipercayai di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di Bentong.

Video kejadian berdurasi 28 saat itu yang dikongsi pengguna aplikasi X menggunakan nama 'nan manjoi8715' itu bagaimanapun tidak menyatakan identiti pemandu, masa dan tarikh kejadian.

Iklan
Iklan

Berdasarkan klip video tersebut, kereta pemilik 'dashcam' tersebut dilihat berada di lorong kanan dipercayai menghala ke Kuala Lumpur.

Keadaan sepanjang laluan yang gelap menyebabkan pemandu terbabit pada awalnya tidak menyedari sebuah kereta lain datang dari arah bertentangan (melawan arus) di laluannya.

Iklan

Selepas menyedari 'bahaya' di hadapannya, pemandu kenderaan berkenaan segera mengelak ke laluan kiri tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Video tersebut tular dengan jumlah 3,880 tontonan dan satu komen.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.