Malaysia perlu ada strategi hasil jangka sederhana hingga panjang - Bank Dunia

Iklan
Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Malaysia seharusnya mempunyai strategi hasil jangka sederhana hingga panjang yang sesuai untuk memulihkan penampan fiskalnya, kata Bank Dunia.

Ketua Ekonomi Bank Dunia, Apurva Sanghi berkata, hasil Malaysia yang sebagai bahagian daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin menurun, dengan hasil cukai jauh di bawah 12 peratus daripada KDNK.

Iklan
Iklan

"Adalah penting untuk mempunyai pandangan fiskal jangka panjang tentang keperluan perbelanjaan ekonomi Malaysia mengikut sektor dan, berapa banyak lagi hasil yang perlu digerakkan. Buat masa ini, sepanjang pengetahuan kami, tiada sasaran pendapatan yang perlu dinaikkan.

"Bergantung kepada jurang hasil antara keadaan hasil semasa dan perkara yang perlu dinaikkan, maka anda boleh bercakap mengenai gabungan instrumen optimum (untuk meningkatkan hasil)," kata Apurva kepada pemberita pada majlis pengumuman Kemas Kini Ekonomi Bank Dunia Asia Timur dan Pasifik (EAP) Oktober 2023 dan bahagian pertama Malaysia Economic Monitor (MEM) bagi bulan September 2023, di sini hari ini.

Iklan

Menurut Bank Dunia, ekonomi Malaysia diunjurkan menyederhana kepada 3.9 peratus pada 2023, dengan beberapa cabaran utama berterusan di peringkat domestik, termasuk ruang fiskal yang semakin sempit, apabila hasil cukai kerajaan terus menurun.

Katanya, perbelanjaan ke atas gaji, pencen, dan pembayaran faedah terus meningkat, diburukkan lagi dengan pelbagai perbelanjaan yang tidak cekap, termasuk subsidi bahan api yang meluas dan kawalan harga yang bersifat berat sebelah.

Iklan

Pada Oktober 2023, pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan dijangka mendedahkan butiran tambahan mengenai rancangan pembaharuan subsidi.

Kerajaan pada Julai memperkenalkan pelan ekonomi jangka sederhananya, ‘Ekonomi Madani,’ yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.0 peratus daripada KDNK atau lebih rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pelancaran Ekonomi Madani berkata, ia merupakan satu cara untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dengan menstruktur semula ekonominya untuk menjadikannya peneraju di Asia Tenggara, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

Apurva berkata, mengurus perbelanjaan menjadi tugas penting dan isyarat kerajaan kepada rakyat bahawa ia sedang memulihkan ketirisan tabung kerajaan sebaik mungkin.

"Sebagai contoh, mempercepatkan akta perolehan kerajaan adalah bagus kerana banyak kecekapan berlaku melalui perolehan projek di Malaysia. Tetapi terdapat juga banyak cara yang anda boleh menguruskan kecekapan perbelanjaan juga,” katanya. - Bernama