Saintis bangunkan vaksin mRNA terima Hadiah Nobel

Iklan
Kariko (kiri) dan Weissman diumumkan sebagai pemenang bersama Hadiah Nobel dalam bidang fisiologi atau perubatan. - Agensi

STOCKHOLM - Dua saintis masing-masing dari Hungary dan Amerika Syarikat (AS) dianugerahkan Hadiah Nobel 2023 dalam fisiologi atau perubatan pada Isnin atas sumbangan mereka membangunkan teknologi yang membawa kepada vaksin mRNA.

Kemenangan Dr Katalin Kriko dan Dr Drew Weissman diumumkan oleh Royal Swedish Academy of Sciences di Stockholm, Sweden.

Iklan
Iklan

Kariko adalah profesor biokimia di Unversiti Sagan, Hungary sementara Weismann merupakan pembantu profesor di Universiti Pennsylvania, AS.

Kedua-dua saintis tersebut bekerjasama menerbitkan penemuan mereka dalam sebuah jurnal perubatan pada 2005, namun kurang mendapat perhatian ketika itu.

Iklan

Penemuan Kariko dan Weismann itu berperanan penting dalam mengekang penyebaran virus Covid-19.

Semasa gelombang pandemik Covid-19, Moderna dan Pfizer-BioNTech membangunkan vaksin yang kedua-duanya berasaskan teknologi mRNA dibangunkan gandingan Kariko-Weissman.

Iklan

"Kedua-dua saintis ini telah menyelamatkan jutaan nyawa manusia, mencegah Covid-19 yang parah, mengurangi beban penyakit secara keseluruhan dan memungkinkan masyarakat untuk kembali hidup dalam norma baharu.

"Hadiah Nobel tahun ini mengakui penemuan dasar mereka yang mengubah pemahaman kita tentang bagaimana mRNA berinteraksi dengan sistem kekebalan tubuh,” kata anggota jawatankuasa Hadih Nobel dalam bidang perubatan, Rickard Sandberg.

Difahamkan, Kariko dan Weissman bakal menerima hadiah kemenangan berupa diploma, pingat emas dan cek berjumlah AS$1 juta (RM4.72 juta).

Hadiah tersebut bakal disampaikan Raja Carl XVI Gustaf pada majlis rasmi di Stockholm pada 10 Disember nanti sempena ulang tahun kematian saintis Alfred Nobel pada 1896 yang mencipta anugerah berkenaan dalam wasiat terakhirnya.

Tahun lalu, Hadiah Nobel dalam fisiologi atau perubatan dimenangi ahli genetik Sweden, Svante Paabo hasil penemuannya dalam bidang evolusi manusia.

Penghargaan tersebut merupakan yang kedua dalam keluarga Paabo. Sebelumnya bapa Paabo, Sune Bergstrom memenangi Hadiah Nobel bidang perubatan pada 1982. - Agensi