Perak dapat tonik semangat sebelum berdepan JDT

Iklan
Pemain Negeri Sembilan, Mohd Zamri Pin Ramli bersaing dengan pemain Perak pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

KEJAYAAN Perak FC menewaskan Negeri Sembilan FC, 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, disifatkan suntikan semangat buat The Bos Gaurus.

Malah pengendali Perak FC, Yusri Che Lah menyifatkan kemenangan tipis ke atas anak buah K Devan itu pemangkin sebelum berdepan penyandang juara Piala Malaysia, Johor Darul Ta`zim (JDT) pada 19 Oktober ini.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya para pemain Perak dalam perlawanan ini menggunakan setiap peluang dengan sebaiknya apabila berdepan Negeri Sembilan.

"Malah ini merupakan kunci kepada kejayaan Perak mengatasi Negeri Sembilan yang juga diperkuatkan pemain berkualiti dan berpengalaman.

Iklan

"Saya juga harap kemenangan ini dapat meningkatkan lagi keyakinan para pemain menjelang perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang JDT,” katanya.

Jaringan pemain dari Serbia, Luka Milunovic pada minit ke 51 menyumbang tiga mata buat Perak sekali gus kemenangan kelima selepas mengharungi 22 perlawanan untuk kedudukan ke-11 Liga Super.

Iklan

Jelas Yusri lagi, para pemain The Bos Gaurus menggunakan peluang untuk menjaringkan gol biarpun tidak banyak mencipta percubaan dalam perlawanan itu.

"Ya, tidak banyak percubaan tepat dapat dilakukan pemain Perak berikutan kesukaran melepasi bahagian pertahanan Negeri Sembilan.

"Namun para pemain Perak menunjukkan kemampuan dan keinginan untuk menang biarpun berdepan saingan sengit Negeri Sembilan,” ujarnya.