Bawa aligator tonton perlawanan besbol di stadium

Iklan
Buaya yang diberi nama Wally bersedia untuk menonton perlawanan besbol bersama pemiliknya, Henny. - Agensi

FLORIDA - Gara-gara membawa seekor aligator memasuki stadium, seorang peminat besbol dihalang masuk untuk menyaksikan perlawanan pasukan Philadelphia Phillies MLB pada 27 September lalu, lapor NDTV.

Lelaki yang dikenali sebagai Joie Henney, tiba di Citizens Bank Park dengan selamba membawa reptilia kesayangannya itu untuk memasuki stadium tersebut.

Iklan
Iklan

Malah, aligator diberi nama Wally sepanjang 1.5 meter yang dianggap 'penyokong emosi' itu mampu mengatasi masalah kemurungan dihadapinya sebelum ini.

"Tetapi malangnya, pihak stadium hanya membenarkan anjing dan kuda memasuki stadium dan bukan aligator," katanya yang memberitahu CNN.

Iklan

Beberapa video tular di platform media sosial menyaksikan Henny bersama aligator peliharannya di luar stadium.

Difahamkan, Henny mengambil Wally sebagai 'anak angkat' pada tahun 2015 ketika reptilia itu berumur setahun selepas kawannya menyelamatkannya di sebuah tasik di Florida, Amerika Syarikat.

Iklan

Henny memberitahu Washington Post bahawa dia sering memeluk aligator itu dan tidur satu katil.

"Wally agak berbeza dengan aligator pernah saya lihat dapat tempoh 30 tahun. Dia tidak agresif sejak ditangkap.

"Sebenarnya Wally banyak membantu mengatasi masalah kemurungan dan dia 'suka memberi pelukan',"t ambahnya. - Agensi.