Formula untuk penduduk rasa bahagia

Iklan
Gambar hiasan 123RF

BARU-BARU ini, Daily Mail melaporkan satu penyelidikan mengenai jumlah wang yang diperlukan untuk penduduk di 173 buah negara berasa bahagia. Daripada kajian, Iran mendahului carta apabila rakyat negara itu memerlukan gaji hampir RM1.12 juta setahun untuk berasa bahagia.

Ia disusuli Yemen (RM808,100), Zimbabwe (RM555,000), Norway (RM552,000), Switzerland (RM543,300), New Zealand (RM538,000), Israel (RM528,000), Iceland (RM525,300) dan Amerika Syarikat (AS) (RM492,900).

Iklan
Iklan

Penilaian kebahagiaan dibuat menggunakan nisbah kuasa beli diperoleh daripada Tabung Kewangan Antarabangsa, kemudian dinilai mengikut kos sara hidup oleh laman web Numbeo.

Perlu diingatkan, Iran merupakan negara di bawah sekatan ekonomi oleh AS, Yemen masih lagi terperangkap dalam konflik bersenjata, manakala Zimbabwe pula menghadapi kemelut ekonomi.

Iklan

Dalam artikel sama, Daily Mail turut memetik kajian Universiti Harvard yang berpandangan nilai sebuah bahagia bukan diukur daripada apa diperoleh, tetapi bagaimana seseorang membelanjakan wang untuk rasa seronok.

Berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 Mac lalu pula, Malaysia muncul sebagai negara kedua paling bahagia di Asia Tenggara di belakang Singapura. Di peringkat dunia, ia diungguli oleh tiga negara iaitu Finland, Denmark dan Iceland.

Iklan

Penarafan diukur mengikut aspek seperti sokongan sosial, pendapatan, kesihatan, kebebasan, kemurahan hati dan ketiadaan rasuah.

Namun begitu, untuk negara kita, penilaian pada tujuh bulan lalu itu sudah terlalu jauh berbanding dengan situasi sekarang. Semua sudah sedia maklum bahawa bebanan kehidupan semakin meningkat sejajar dengan peningkatan harga barangan.

Ditambah lagi dengan pendapatan tidak meningkat disebabkan gaji tidak naik, hutang isi rumah lagi dan itu belum menyentuh lagi bab perubatan, pendidikan anak-anak dan perumahan. Kejatuhan mata wang juga sangat mempengaruhi ekonomi semasa.

Mahu tak mahu, semua orang akan memandang bagaimana kerajaan menyelesaikan masa kos sara hidup yang semakin lama semakin membimbangkan pada masa kini.

Tidak perlu mencari statistik dari luar kerana kerajaan yang berjaya akan diakui daripada rakyat yang bahagia.