'Jangan sentuh keluarga saya' - Lee Zii Jia

Iklan
Lee Zii Jia

WALAUPUN bergelut dengan prestasi, pemain profesional Malaysia, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki di Sukan Asia Hangzhou.

Bagaimanapun, semasa sidang akhbar pada Isnin selepas kemenangan itu, Zii Jia menarik perhatian.

Iklan
Iklan

Tanpa menyatakan isu sebenar atau mana-mana pihak dan mungkin merujuk kepada komen negatif diterimanya dalam laporan media baru-baru ini, Zii Jia melaungkan amarannya.

"Saya ingin berkongsi sesuatu.

Iklan

Sejak saya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), banyak yang diperkatakan tentang saya, ada yang benar dan ada yang tidak.

"Saya faham bahawa media mempunyai tugas untuk dilakukan dan saya tidak boleh menghalang sesiapa daripada melaporkan perkara yang mereka mahu.

Iklan

"Tetapi saya ingin katakan ialah jangan sentuh keluarga saya dan mereka yang amat saya sayangi.

Jika anda melepasi garisan itu, saya akan mengejar anda," katanya.

Isnin lalu, pemain nombor 16 dunia itu bangkit dalam perlawanan pertama menewaskan pemain Hong Kong, Angus Ng 15-21, 21-15, 21-16 dalam pertarungan sengit selama 62 minit di Stadium Binjiang.

Kemenangan itu menjadi dorongan besar buat anak kelahiran Kedah berusia 25 tahun itu, yang tidak pernah mengalahkan Angus, sejak Terbuka Jerman pada 2019.

Memandang ke hadapan, pusingan kedua kelihatan menjanjikan untuk bekas juara Seluruh England itu, kerana lawannya seterusnya ialah Mourinho Gusmao de Jesus yang agak tidak dikenali dari Timor Leste, yang menerima bye pusingan pertama.

"Saya gembira kerana ini adalah satu kejayaan buat saya, terutama selepas beberapa siri kekalahan kepada Angus dalam pertemuan kami (empat pertemuan) sebelum ini,” kata Zii Jia.

"Saya telah meletakkan kekecewaan acara berpasukan minggu lalu di belakang saya kerana, sebagai profesional, kita mesti bergerak ke hadapan.

"Saya berazam untuk memanfaatkan momentum ini.

Kadang-kadang, ia bukan hari anda dan itu sebahagian daripada permainan."

Zii Jia merupakan antara pemain Malaysia yang tidak dapat menyumbang satu mata dalam kekalahan 3-1 Malaysia kepada Korea Selatan pada pusingan pertama acara berpasukan lelaki minggu lalu. - Awani