Saksi inkues Adib guna van EMRS terang insiden kejadian

Iklan

SHAH ALAM - Inkues menyiasat kematian Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini melihat demonstrasi insiden yang berkemungkinan berlaku terhadap anggota bomba itu menggunakan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dibawa khas ke Mahkamah Shah Alam.

Van itu bagaimanapun bukan van sama dinaiki Allahyarham ketika kejadian pada 27 November tahun lepas.

Iklan
Iklan

Demonstrasi hampir setengah jam bermula pukul 10.30 pagi itu dilakukan oleh saksi ke-24, pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi.

Demonstrasi berkenaan bertujuan mengukuhkan dapatan teori saksi itu yang menjelaskan mengenai kecederaan patah tulang rusuk yang dialami Muhammad Adib akibat dilanggar van EMRS ketika kejadian.

Iklan

Koroner Rofiah Mohamad dan pihak-pihak berkepentingan dalam inkues tersebut turut ditunjukkan demonstrasi van tersebut bergerak secara mengundur seperti dapatan saksi itu.

Difahamkan kelajuan van EMRS tersebut mengundur adalah 17 km/j iaitu sama dengan situasi pada malam kejadian.

Iklan

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara. -Bernama