Piala Dunia Ragbi: Itali lupakan tragedi dimalukan New Zealand

Iklan
Itali sudah melupakan kekalahan memalukan kepada New Zealand. - Foto AFP

ITALI sudah melupakan kekalahan memalukan 17-96 kepada New Zealand dalam aksi Piala Dunia Ragbi pada Sabtu lalu.

Tonggak Itali, David Sisi berkata, mereka kini mengalihkan tumpuan untuk terus menghidupkan peluang dalam Piala Dunia itu dengan menewaskan tuan rumah Perancis.

Iklan
Iklan

Itali masih boleh mara ke peringkat kalah mati jika menewaskan Perancis di Lyon, Sabtu ini.

"Kami telah bergerak dengan pantas. Piala Dunia adalah kejohanan di mana anda tidak mempunyai masa untuk memikirkan apa-apa yang telah berlaku sebelum ini

Iklan

"Ia berlaku sama ada menang atau kalah. Suasana di kem sekarang, tumpuan pasukan beralih kepada cabaran seterusnya. Di situlah pemikiran kami hari ini.

"Anda boleh menang dengan keputusan besar atau anda boleh kalah teruk, tetapi anda perlu memperbaiki aspek teknikal tidak kira apa keputusannya.

Iklan

"Jelas sekali ada perkara yang perlu kami pelajari menentang New Zealand, kami akan mempelajarinya dengan cepat tetapi kami menyesuaikan diri untuk bersedia menghadapi Perancis," katanya.