SAR dua beradik dikhuatiri lemas diteruskan

Iklan
Operasi SAR kedua-dua mangsa diteruskan pada hari kedua di tebing Sungai Pagalan, Keningau pada Selasa.

KENINGAU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Pagalan, Kampung Linkudou, dekat sini, dimulakan seawal kira-kira jam 6.30 pagi pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, SAR yang memasuki hari kedua dilakukan di kawasan tebing sungai tersebut.

Iklan
Iklan

"Selepas ditangguhkan pada jam 7.50 malam Isnin, operasi disambung semula hari ini.

"Pagi ini kita cuba buat pencarian dua kanak-kanak itu sejauh 2.5 kilometer sepanjang tebing sungai berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Katanya lagi, operasi SAR melibatkan pasukannya dengan bantuan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

"Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.

Iklan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan dua kanak-kanak iaitu Azila Jabar, 12, bersama adiknya Arlina, 9, dikhuatiri lemas di sungai tersebut.

Difahamkan, dua beradik itu sedang bermain di tebing sungai, namun Arlina dikatakan terjatuh ke dalam sungai dan Azila bertindak terjun untuk menyelamatkan adiknya.

Kedua-duanya kemudian hilang dipercayai akibat dibawa arus sungai.