BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membantu Al-Nassr bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan ke atas kelab Istiklol dari Tajikistan 3-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia di Riyadh, awal pagi Selasa.
Dalam aksi tersebut, pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi Senin Sebai yang meledak jaringan satu minit sebelum berakhir babak pertama.
Iklan
Iklan
Kelebihan jaringan itu hanya mampu bertahan sehingga minit ke-66 apabila Ronaldo menyumbat gol untuk mengikat kedudukan 1-1.
Jaringan itu melonjak semangat pemain Al-Nassr apabila Anderson Talisca meletakkan kelab Liga Pro Saudi tersebut di depan pada minit ke-72.
Pemain antarabangsa Brazil itu sekali lagi meledak lima minit kemudian untuk mengesahkan kemenangan Al-Nassr 3-1.
Kelab dari Iran, Persepolis pula menghuni tangga kedua selepas menang 1-0 ke atas Al Duhail dari Qatar.
Omid Alishah muncul wira buat Persepolis apabila meledak gol tunggal pada minit ke-63 untuk membantu naib juara 2018 dan 2020 itu meraih kemenangan pertama dalam saingan musim ini.