Beri masa kepada KPM laksana sekolah model khas - Fadhlina

Iklan
Fadhlina ketika Sesi Libat Urus Hala Tuju Sekolah Di Kawasan Tamah Rancangan Felda di SK Felda Chemomoi pada Selasa.

KUANTAN - Beri masa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan sekolah model khas di negara ini yang membabitkan segmen B40 dan golongan miskin tegar, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, model sekolah terbabit sudah ada, namun beberapa perkara perlu diberi tambah baik sebelum ia dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekolah model khas segmen B40 dan miskin tegar itu sebagai tambahan kepada Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) dan 11 (K11) yang sudah pun dilaksanakan sebelum ini.

"Kita mahu memastikan tiada anak-anak dipinggirkan. Jadi kita akan sedaya upaya untuk pastikan semua yang kita hasratkan dapat memberi manfaat kepadanya semua pelajar.

Iklan

"Malah, kita juga sudah menyerahkan bantuan awal persekolahan tanpa mengira sosioekonomi keluarga bagi memastikan akses pembelajaran anak-anak," katanya.

Beliau ketika berucap pada Sesi Libat Urus Hala Tuju Sekolah Di Kawasan Tamah Rancangan Felda di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chemomoi di sini pada Selasa.

Iklan

Program K9 adalah untuk memastikan anak-anak tidak tercicir daripada Darjah Satu hingga Tingkatan Tiga, manakala K11 akan memastikan anak-anak akan terus berada di sekolah daripada Darjah Satu hingga Tingkatan Lima.

Fadhlina memaklumkan kementeriannya perlu santuni sekolah-sekolah dan memberikan keutamaan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.