Masjid, surau di Selangor sedia jadi PPS - JAIS

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Masjid dan surau di Selangor akan berperanan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menghadapi situasi luar jangka termasuk banjir susulan fasa peralihan monsun.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shazihan Ahmad meminta pentadbir masjid dan surau peka terhadap maklumat perubahan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kawasan masjid, ruang solat, ruang limpah, tandas dan bekalan air juga perlu mencukupi bagi menghadapi situasi yang sukar atau luar biasa dalam tempoh tersebut.

Selain itu, Mohd Shazihan turut meminta pentadbir menyalurkan dan memudah cara apa-apa bentuk bantuan kepada anak kariah tanpa mengira ras dan agama seawal kejadian buruk berlaku, semasa dan selepasnya.

Iklan

"Pentadbir perlu sentiasa mengingatkan jemaah dan ahli kariah untuk memastikan kebersihan longkang dan perparitan agar tidak mengganggu kelancaran aliran air semasa musim hujan.

"Aktiviti seperti gotong-royong juga hendaklah dibuat oleh pihak masjid dan surau dengan lebih kerap melalui siaran dan peringatan pada Jumaat,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan peralihan Monsun Timur Laut bermula pada bulan ini hingga Disember dengan jangkaan purata hujan lebih tinggi sehingga menyebabkan banjir, ribut dan merosakkan struktur tidak kukuh sekali gus diramal akan menjejaskan beberapa negeri termasuk Selangor.