Pesara JPN maut motosikal langgar tayar lori

Iklan
Seorang pesara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tanker di Kilometer 63 Jalan Jerangau -Jabor arah Kuantan.

KEMAMAN - Seorang pesara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tanker di Kilometer 63 Jalan Jerangau -Jabor arah Kuantan dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa, Sidek Mat Ariffin yang berusia 66 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak selepas melanggar bahagian tayar belakang lori tersebut dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi.

Iklan
Iklan

"Mangsa menunggang motosikal untuk menghala ke Dadong ke kediamannya selepas selesai minum pagi di sebuah warung.

"Siasatan awal mendapati mangsa dari arah kedai makan di bahu jalan telah keluar menyeberang jalan untuk menghala ke arah Air Putih tiba-tiba datang lori tanker dari arah Padang Kubu tidak sempat mengelak dan mangsa telah melanggar bahagian tayar belakang lori berkenaan.

Iklan

"Ekoran daripada perlanggaran itu, mangsa tercampak jatuh di jalan raya manakala motosikalnya terseret sejauh lima meter," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut Hanyan, mangsa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki kanan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk urusan bedah siasat.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.