Naik belon udara percuma sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Iklan

Mereka yang bertuah akan berpeluang untuk melihat pemandangan bandar raya Shah Alam dari sudut berbeza



SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang menaiki belon udara secara percuma sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada 8 Oktober ini.

Mereka yang bertuah akan berpeluang untuk melihat pemandangan bandar raya Shah Alam dari sudut berlainan dengan menaiki belon udara di Dataran Kemerdekaan MBSA, Seksyen 14, Shah Alam sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Shah Alam ke-23.

Iklan
Iklan

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan berkata, program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan tersebut akan bermula pada jam 7 pagi sehingga 11 pagi.

"Program ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat khususnya warga Shah Alam.

Iklan

"Selain itu, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) juga akan menganjurkan aktiviti ‘Zikir Walk’ pada hari yg sama dan 800 penyertaan awal akan mendapat T-shirt percuma,”katanya di sini, hari ini.

Bagi menarik penyertaan orang ramai, program itu juga akan mengadakan aktiviti Sembang Santai bersama Faizal Ismail dan Shamsul Ghau Ghau.

Iklan

Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan antaranya ‘Shah Alam Car Free Day – Fun Ride’, kayuhan santai, senamrobik, dan persembahan kombo MBSA.

Menurut MBSA, pihaknya juga akan menyediakan aktiviti kepada kanak-kanak seperti aktiviti mewarna, aktiviti memanah, Klinik Silat, ‘Parrot Brothers’, ‘Wall Climbing’ Perpustakaan Bergerak / Aktiviti Kraf Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA, dan Pejabat Bergerak Shah Alam on Wheels.

"Pihak MBSA juga akan mengadakan program ‘Eco Free Market’. Program ini merupakan penyaluran dan edaran semula barangan terpakai secara percuma.

"Melalui program ini para pengunjung hanya perlu membuat pertukaran barang kitar semula seperti botol air, botol kaca, tin aluminium dan surat khabar lama untuk mendapatkan kupon bagi membolehkan pengunjung mendapatkan barang-barang yang ditawarkan oleh penyumbang di ‘Eco Free Market’,”katanya.

MBSA turut mengadakan pameran daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam Specialist Hospital (SALAM), Galeri Shah Alam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Rosyam Mart.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program ini dengan membawa ahli keluarga dan rakan-rakan sempena sambutan Ulang Tahun Bandaraya Shah Alam ke-23.