Makan organ binatang tingkatkan kolesterol hanya mitos - Pakar

Iklan
Dr Azman (kiri) meninjau reruai Pertubuhan Peladang Kebangsaan ketika Persidangan Antarabangsa Pemakanan Haiwan Ternakan pada Selasa. - Foto Bernama

BANGI - Tanggapan bahawa memakan organ dalaman haiwan ternakan tidak baik untuk kesihatan dan boleh meningkatkan kolesteroldalam badan hanyalah mitos, kata Pengerusi Lembaga Pengelola Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Azman Ismail.

Beliau berkata, persepsi itu tidak benar sama sekali dan ia disebabkan konsep kolesterolitu tidak difahami dengan jelas oleh sebahagian besar masyarakat, malah kadang kala dalam kalangan doktor sendiri.

Iklan
Iklan

"Konsepnya adalah sangat kompleks, yang mana ia (kolesterol) terdiri daripada pelbagai jenis dan antaranya ialah kolesterol 'Small Dense Low-density lipoprotein’ (LDL) yang sebenarnya bahaya untuk kesihatan serta 'large and fluffy cholestrol' yang baik untuk kesihatan.

Dr Azman yang juga doktor perubatan nutrisi berkat, malah seseorang itu berisiko mendapat penyakit Dimensia dan Alzheimer jika mereka kurang mengambil makanan berkolesterolbaik untuk perkembangan otak.

Iklan

Beliau turut menjelaskan organ haiwan adalah baik untuk kesihatan kerana ia tergolong dalam kolesterolbaik dan masalah saluran darah tersumbat yang lazimnya dikaitkan dengan pengambilan makanan itu sebenarnya adalah disebabkan pengambilan itu 'refine sugar', karbohidrat seperti tepung yang boleh menghasilkan 'small dense' LDL.

"Badan kita memerlukan kolesterolyang baik untuk menyerap nutrien jadi kebanyakannya datang daripada lemak haiwan maka ia adalah selamat untuk dimakan," katanya.

Iklan

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Dr Azman berkata, prestasi ternakan optimum mesti dicapai dalam usaha memenuhi permintaan global untuk daging, susu dan telur memandangkan makanan ternakan memainkan peranan penting dalam pembangunan serta kemampanan industri ternakan global.

Katanya, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), ternakan menyumbang 40 peratus daripada nilai global pengeluaran pertanian dan menyokong mata pencarian, keselamatan makanan dan pemakanan hampir 1.3 bilion orang.

"Permintaan untuk protein haiwan di seluruh dunia juga meningkat setiap tahun yang mana FAO juga menganggarkan bahawa pada tahun 2050, permintaan untuk makanan akan meningkat 60 peratus dan pengeluaran protein haiwan dijangka meningkat sekitar 1.7 peratus setahun,” katanya.

ICAN 2023 yang bertemakan"Strategi Pemakanan Untuk Meningkatkan Kecekapan Makanan Dan Keselamatan Makanan" menghimpunkan kira-kira 120 peserta tempatan dan antarabangsa terdiri daripada pakar-pakar nutrisi makanan haiwan. - Bernama