Tze Yong kejutkan bekas juara dunia

Iklan
Tze Yong mengalahkan pemain Singapura pada pusingan kedua acara individu Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Selasa. - Foto Bernama

PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong melepasi ujian getir apabila berjaya menyingkirkan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dalam pusingan kedua Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Selasa.

Selepas meraih bye pada pusingan pertama, dua wakil dari Asia Tenggara itu turun ke gelanggang di Stadium Binjiang, Hangzhou dalam usaha meraih tiket ke Pusingan 16.

Iklan
Iklan

Tze Yong yang menghuni ranking ke-20 dunia mempamerkan rentak cemerlang apabila melakukan beberapa pukulan bertenaga untuk mengutip mata demi mata ke atas Kean Yew sebelum menamatkan kemenangan set pertama 21-12.

Memasuki set kedua, corak permainan Tze Yong bagaikan sukar diramal Kean Yew yang kerap terperangkap dengan gerakan mengelirukan wakil negara itu apabila tenang mendahului 18-12 sebelum memastikan kemenangan 21-14 sekali gus mara ke peringkat seterusnya.

Iklan

Kejayaan itu melebarkan rekod kemenangan Tze Yong ke atas Kean Yew kepada 4-1.

Pada pusingan ketiga, pemain berusia 23 tahun itu akan membuat perhitungan dengan wakil Thailand, Kantaphon Wangcharoen bagi memburu tiket ke peringkat suku akhir.

Iklan