Rezeki kuartet 4x100 wanita raih gangsa di Hangzhou

Iklan
Kuartet negara meraih gangsa dalam acara 4x100m Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou. - Foto FB MSN

ATLET sensasi, Shereen Samson Vallabouy memacu kuartet negara untuk meraih pingat gangsa dalam acara 4x100 meter (m) Sukan Asia Hangzhou 2022 sebentar tadi.

Kejayaan itu diraih bersama Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya dan Shereen selaku pelari terakhir.

Iklan
Iklan

Ternyata rezeki menjadi milik Malaysia selepas Bahrain yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dibatalkan penyertaan.

Dalam saingan itu, kuartet tuan rumah, China unggul dengan emas setelah menamatkan saingan dengan masa 43.39s, manakala perak menjadi milik Thailand dengan catatan 44.32s.

Iklan

Sementara itu skrip berbeza dialami kuartet 4x100m lelaki apabila menamatkan saingan di tangga kelima dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik Hangzhou.

Kuartet negara dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu melakukan catatan 39.19s.

Iklan

Hanya sedikit memisahkan catatan mereka dengan rekod kebangsaan kerana rekod kebangsaan ketika ini 39.09 saat yang dilakar pada temasya Sukan SEA Hanoi tahun lepas.

Pingat emas dimenangi China dengan masa 38.29s, manakala kuartet Jepun dengan catatan 38.44s untuk meraih perak.

Pingat gangsa pula menjadi milik Korea Selatan dengan catatan 38.74s.