Tembakan di Bangkok: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Iklan
Polis menahan seorang suspek berusia 14 tahun di tingkat 3 pusat beli-belah di Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK - Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa yang mengorbankan dua individu dan mencederakan lima yang lain.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, pihak kedutaan sedang memantau rapat keadaan itu.

Iklan
Iklan

"Rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian itu boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi kedutaan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Polis Thailand mengesahkan bahawa dua individu masing-masing warga China dan Myanmar maut dalam kejadian berkenaan, manakala lima lagi cedera.

Iklan

Sebelum ini, laporan awal mengatakan tiga maut dalam kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera masing-masing seorang warga Laos dan China, manakala tiga lagi rakyat tempatan.

Iklan

Kesemua mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata, polis telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun di tingkat 3 pusat beli-belah itu.

"Suspek menyerahkan senjata api yang digunakannya,” katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian.

Katanya, suspek mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke berkata, kementerian sedang berhubung dengan kedutaan yang terlibat untuk menawarkan bantuan kepada keluarga mangsa yang terjejas,

"Memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beberapa maklumat tidak dapat didedahkan dan pihak kami sedang mengambil langkah yang sewajarnya.

"Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Thailand dan warga asing, dan memastikan tragedi seperti itu tidak berulang pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Kanchana bagi pihak Kementerian Luar turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera sembuh. - Bernama