Angka korban kebakaran majlis perkahwinan di Iraq meningkat kepada 119

Iklan
Laporan Sinar Harian.

MOSCOW - Angka kematian akibat kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Wilayah Nineveh Iraq meningkat kepada 119 selepas lebih 20 orang maut akibat melecur teruk, Sputnik memetik laporan agensi berita Iraq Shafaq News pada Selasa.

Agensi itu memetik aktivis tempatan sebagai berkata bahawa bapa pengantin perempuan adalah antara mangsa yang terkorban.

Iklan
Iklan

Lapan orang telah dikebumikan di daerah Al-Hamdaniya, timur bandar Mosul, pada awal Selasa, menurut laporan itu.

Penasihat kepada menteri dalam negeri Iraq berkata, awal minggu ini bahawa sebuah suruhanjaya penyiasatan yang ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran telah membuat kesimpulan bahawa ia adalah satu kemalangan.

Iklan

Al Jazeera melaporkan, memetik Kementerian Dalam Negeri Iraq, bahawa ramai tetamu meninggal dunia kerana pintu kecemasan di dewan perkahwinan telah ditutup.

Kementerian itu memaklumkan pihak berkuasa telah menahan 14 orang yang terlibat dalam kejadian itu dan menahan pemilik dewan perkahwinan berkenaan. - Bernama

Iklan