Ops Dadu Khas: 21 individu lagi ditahan di Johor Bahru

Iklan
Antara individu yang ditahan polis.

JOHOR BAHRU – Seramai 21 lagi individu ditahan dalam Ops Dadu Khas Judi Dalam Talian dan Loteri Awam Tanpa Lesen semasa pemeriksaan di 20 premis di sekitar bandaraya ini pada Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua ditahan melibatkan 18 lelaki tempatan dan seorang warga asing serta dua wanita tempatan berusia lingkungan 20 hingga 64 tahun.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam operasi bermula 22 September hingga 3 Oktober lalu sebanyak 246 premis telah diperiksa.

"Seramai 277 individu ditahan melibatkan 228 lelaki dan 49 wanita.

Iklan

"Jumlah berkenaan melibatkan 213 lelaki warga tempatan, 15 lelaki warga asing selain 32 wanita warga tempatan dan 17 wanita warga asing yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 18 hingga 66 tahun.

"Polis turut merampas 288 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 108 lima pencetak mudah alih dan wang tunai berjumlah RM51,574,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, kesemua yang ditahan telah dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman manakala kesemua premis terbabit dalam proses permohonan pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik serta sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) dan 4B(b) Akta Rumaah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun," katanya.