SkyWorld catat keuntungan selepas cukai RM42 juta

Iklan
Dari kiri: Zalinah Binti A Hamid, Chan Seng Fatt, Lee Chee Seng, Ng Thien Phing, Lam Soo Keong, Phang Sze Fui dan Ong Soo Chan.

SYARIKAT pemaju hartanah, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM42 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2024.

Bagaimanapun pengasasnya, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata, sehingga 30 Jun 2023, syarikat itu mempunyai jualan belum dibilkan sebanyak RM951.9 juta yang akan diiktiraf secara progresif pada tahun seterusnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya yang juga Pengerusi Eksekutif Bukan Bebas, penyata kewangan diaudit bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mac lalu bersama Laporan Pengarah dan Juruaudit dibentangkan untuk perbincangan serta diterima sewajarnya oleh pemegang saham syarikat tersebut.

"Keputusan sebulat suara ini bukti kepercayaan dan sokongan pemegang saham terhadap syarikat. Kepercayaan terhadap kepimpinan dan komitmen kami menjadi pendorong ke arah matlamat baharu dalam pembangunan hartanah.

Iklan

"Kami (SkyWorld) ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang saham yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi untuk visi syarikat iaitu ‘Sentiasa Menjadi Pemaju Bandar Terbaik’ dengan tujuan untuk membuatkan kehidupan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengumumkan perkara positif itu ketika majlis penutupan AGM 2023 bertempat di Galeri SkyWorld @Setapak pada 29 September lalu.

Lee Chee Seng

Iklan

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Bukan Bebas, Lee Chee Seng; Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Zalinah A Hamid, Chan Seng Fatt, Phang Sze Fui dan Ong Soo Chan serta Pengarah Eksekutif Bukan Bebas, Datuk Lam Soo Keong.

Sementara itu, Thien Phing memberitahu, pihaknya turut membuat percubaan pertama di luar negara dengan memperolehi kira-kira 1.3 ekar tanah di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam pada awal September 2023.

"Dengan perolehan ini, SkyWorld mencadangkan pelaksanaan projek bangunan pangsapuri kediaman 24 tingkat.

"Pelaburan ini diharapkan dapat memberi sumbangan positif kepada syarikat, kami sememangnya teruja dengan prospek masa depan tersebut," ujarnya.