Polis buka kertas siasatan berkaitan video 'Derhaka Ibu'

Iklan
Antara perkongsian Yusuf Azmi di Facebook nya berkenaan kes yang berlaku

PORT DICKSON - Polis telah membuka satu kertas siasatan berkaitan video tular bertajuk 'Derhaka Ibu' yang dimuat naik oleh aktivis masyarakat, Yusuf Azmi pada Selasa.

Video berkenaan memaparkan dakwaan seorang lelaki melakukan kekerasan terhadap wanita warga emas yang merupakan ibunya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua saksi-saksi yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati, rakaman video tersebut dibuat rentetan satu kejadian yang berlaku pada 28 September lalu jam lebih kurang 9.28 malam.

Iklan

"Ia melibatkan selisih faham antara adik beradik dengan warga emas tersebut di Taman Pertama di sini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu katanya, siasatan berkaitan kes itu dibuat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Iklan

Aidi Sham turut meminta orang awam untuk tidak memanipulasikan cerita kejadian berlaku bagi mengelakkan kekeliruan dan mengganggu siasatan pihak polis.