Zii Jia mara ke suku akhir Sukan Asia

Iklan
Zii Jia akan menentang pemain India dalam saingan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Khamis. Foto FB BAM

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan momentum positif apabila mara ke suku akhir acara badminton individu Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Rabu.

Kejayaan itu diraih setelah Zii Jia menumpaskan juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam saingan Pusingan 16 di Stadium Binjiang, Hanzhou.

Iklan
Iklan

Dalam aksi tersebut, pemain kelahiran Kedah itu dilihat 'lambat panas' apabila tewas 10-21 pada set pertama.

Bagaimanapun Zii Jia yang menghuni ranking ke-16 dunia bangkit pada set kedua 21-19 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Iklan

Memasuki set ketiga pemain berusia 25 tahun itu mengekalkan momentumnya yang gagal disekat Kunlavut sekali gus menyerahkan kemenangan kepada Zii Jia 21-6.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan keempat daripada tujuh pertemuan yang dilakar Zii Jia ke atas pemain berusia 22 tahun itu di pentas antarabangsa.

Iklan

Menanti Zii Jia dalam seterusnya ialah pemain India, Prannoy Haseena Sunil Kumar yang berada di kedudukan ketujuh dunia dalam misi memburu slot ke separuh akhir.

Prannoy yang muncul juara Malaysia Masters 2023 mara ke peringkat suku akhir Sukan Asia setelah mengalahkan pemain Kazakhstan, Dmitry Panarin 21-12, 21-13.