Pelajar sekolah dilihat mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka memandangkan situasi jerebu yang melanda di beberapa kawasan di negara ini ketika tinjauan di sekitar Batu Muda hari ini.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan Batu Muda hari ini mencatatkan bacaan 91 iaitu kategori sederhana.
Iklan
Iklan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan IPU terus meningkat.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek juga berkata semua sekolah di seluruh negara diminta mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha menangani situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.
Artikel Berkaitan