Lelaki terlibat kes pemerasan diberkas

Iklan
Toyota Vios warna putih berserta kunci dan satu topi berwarna hitam dirampas.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki tempatan ditahan menerusi Ops Pemutihan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara (IPDJBU), Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, lelaki berumur 39 tahun itu ditahan di Jalan Nusaria, Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini setelah dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan lanjut terhadap lelaki tersebut mengaku telah terlibat dalam kes jenayah yang dilaporkan pada 11 Mei lepas di Taman Ungku Tun Aminah berkaitan kes pemerasan bersama beberapa orang rakannya.

"Suspek dibawa balik ke IPD JBU untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Sekysen 384 Kanun Keseksaan.

"Turut dijumpai sebuah kenderaan Toyota Vios warna putih berserta kunci dan satu topi berwarna hitam," katanya.

Iklan