Pegawai tentera ditahan lakukan jenayah pecah premis

Iklan
Mohd Fahmi (tiga, kiri) menunjukkan beg tangan mewah berjenama yang dirampas pihaknya susulan tertangkapnya seorang pegawai tentera di Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja gian bermain judi, malah disebabkan masalah hutang, seorang pegawai tentera berpangkat Kapten sanggup melakukan jenayah pecah kedai dan mencuri beg tangan jenama mewah.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki terbabit akhirnya terbongkar selepas dia diberkas di pekarangan pejabat Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur, di sini, Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 4.30 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat (IPD) Polis Daerah Dang Wangi dan merampas 70 buah beg tangan pelbagai jenama mewah serta sebuah kereta jenis Kia Spectra.

"Tangkapan pegawai tentera itu susulan kegiatannya yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah premis di Berjaya Times Square, pada 3 Mei lalu hingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM250,000.

Iklan

"Kejadian itu disedari pemilik premis apabila mendapati pintu kedainya tidak berkunci dan berada dalam keadaan berselerak selain beberapa beg tangan mewah seperti Channel, Hermes dan lain-lain disyaki dicuri," katanya dalam sidang akhbar di IPD Dang Wangi, hari ini.

Sebahagian beg tangan mewah yang dirampas susulan tertangkapnya seorang pegawai tentera di Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek dipercayai aktif selama setahun itu menjalankan kegiatan jenayahnya secara sendirian.

Iklan

Katanya, hasil beg tangan mewah yang dicuri itu akan dijual semula kepada premis lain yang ingin membeli dengan harga yang lebih murah.

"Siasatan masih dijalankan dan suspek berusia lingkungan 30-an ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.