[VIDEO] PRK Pelangai: Adnan turun padang atas hubungan ukhwah

Iklan

BENTONG -"Saya datang ke sini (Pelangai) atas hubungan peribadi, ukhwah antara penduduk di sini," kata bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.

Adnan mula turun padang sejak Selasa untuk membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga bekas ADUN Pelangai selama lapan penggal itu memberitahu, kehadirannya dinantikan ramai pihak termasuk daripada pemimpin-pemimpin politik sendiri.

"Saya kena turun sebab ramai pengundi-pengundi bermesej, berpesan dengan tokoh tokoh pemimpin tertentu minta saya turun.

Iklan

"Saya sebenarnya malas nak turun sebab ini show perdana menteri, menteri besar, saya malas nak over shadow.. tapi saya datang ke sini atas hubungan peribadi, mereka terkenangkan saya, saya pun juga terkenangkan diorang," kata beliau ketika ditemui di Kampung Semerting di sini pada Rabu.

Adnan (kanan) ketika menyantuni penduduk di Kampung Semerting di sini pada Rabu.

Menyifatkan kejutan boleh berlaku di mana-mana termasuk dalam PRK, Adnan yang kini berusia 73 tahun menegaskan dirinya kekal bersama UMNO.

Iklan

"Cuma saya sebagai ahli UMNO yang ALLAH takdirkan UMNO berjasa kepada saya, menyokong saya.

"Saya tetap bersama UMNO dan juga telah meminta mereka semua untuk memikirkan masa depan demi untuk kelangsungan, saya yakin sekarang ini Menteri Besarnya dari UMNO, Perdana Menteri dari Pakatan Harapan, saya percaya mereka boleh membantu," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau yang pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Bentong itu melihat pengundi masih ingat kepada UMNO, BN, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun serta dirinya sendiri.

Adnan (dua dari kiri) sempat meluangkan masa menjadi juri kek dalam program di Kampung Semerting pada Rabu.

"Saya telah mengingatkan mereka PRK ini untuk memilih wakil rakyat, bukan memilih kerajaan, Menteri Besar seorang yang prihatin banyak membantu rakyat, jadi selepas PRK ini, jumpa wakil yang dipilih jika ada masalah dan wakil terpilih bawa ke menteri besar.

"Dan setiap kali pilihan raya, jangan la buat sebarang penilaian, jarang yang tepat.. malah agensi-agensi terlibat tidak dapat berikan pandangan tepat, bukan senang, ini babitkan emosi, muka manis hati tidak tahu lagi," jelas beliau.