Belanjawan 2024: Fokus kepentingan rakyat, negeri-negeri kurang membangun

Iklan
Ismail Sabri menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Integriti dan Tatakelola Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) hari ini.

KOTA KINABALU - Kerajaan diminta memberikan fokus kepada kepentingan rakyat terutama golongan miskin dan negeri-negeri kurang membangun dalam Belanjawan 2024.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kedua-dua perkara tersebut amat penting bagi memastikan nasib rakyat terus terbela.

Iklan
Iklan

"Saya harap Belanjawan 2024 memberikan fokus kepada kepentingan rakyat terutama rakyat miskin dan negeri-negeri yang memerlukan dana untuk pembangunan seperti Sabah dan Sarawak.

"Kita ada isu sekolah daif... memang daif, boleh runtuh sesetengah sekolah itu, cikgu-cikgu yang mengajar tidak ada tempat tinggal terpaksa menyewa jauh.

Iklan

"Saya difahamkan di Sabah dan Sarawak juga, klinik desa tidak terurus dengan baik. Jadi, kita harap yang lebih banyak menyentuh rakyat dalam Belanjawan 2024," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertemu pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Integriti dan Tatakelola Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) di sini hari ini.

Iklan

Belanjawan 2024 akan dibentang di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini.