Sabah, Sarawak tidak akan dibiarkan terbeban harga beras - Anwar

Iklan
Anwar menerima cendera kenangan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (dua dari kiri) selepas melakukan pelancaran Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah Kota Kinabalu pada Rabu. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan tidak akan membiarkan rakyat Sabah dan Sarawak dibebankan dengan kenaikan harga beras import sebaliknya langkah pemberian subsidi untuk makanan tersebut dilaksanakan untuk kedua-dua negeri terbabit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman pemberian subsidi itu membolehkan rakyat menikmati harga beras import serendah RM31 bagi 10 killogram (kg).

Iklan
Iklan

"Sebab itu saya mengumumkan tidak mungkin kita minta rakyat Sabah yang miskin dibebankan dengan harga beras. Saya dimaklumkan oleh kerajaan negeri dan pegawai bahawa ada tempat bagi harga beras import RM45, ada RM41 dan ada RM39.

"Jadi bagaimana kita nak kurangkan beban kerana beras keperluan harian untuk makanan. Maka pada Isnin lalu kita umumkan untuk mengurangkan tekanan rakan-rakan Sabah dan Sarawak untuk tempat penghantaran di kota-kota di seluruh Sabah dan Sarawak.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.

Anwar dalam pada itu turut mengakui kemungkinan harga beras akan sedikit meningkat di kawasan pedalaman namun perbincangan lanjut akan dilakukan mengenai kos pengangkutan terbabit.

Iklan

"Mungkin di kawasan pedalaman ada sedikit peningkatan kos kerana harga pengangkutan. Itu nanti saya akan bincang dengan Ketua Menteri.

"Kos pengangkutan untuk Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan ditanggung sebahagian oleh Kementerian Kewangan supaya dapat mengurangkan dari segi peningkatan kos di pedalaman," katanya.

Sebelum itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju memberi subsidi sebanyak RM950 setiap tan bagi bekalan beras putih import di Sabah dan Sarawak, mulai Khamis.