KEDAH Darul Aman (KDA) gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala Cabaran 2023 apabila tewas 0-3 kepada Kuching City FC pada suku akhir kedua di Stadium Darul Aman pada malam Rabu.
Sang Kenari tersingkir dari persaingan untuk merebut piala tersebut dengan agregat 0-4 walaupun beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Abu Kamara terlebih dahulu meletakkan pasukan pelawat di hadapan 0-1 selepas berjaya menanduk masuk gol seawal minit ke-8 bagi menewaskan penjaga gol, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi.
Gol tersebut menyaksikan KDA FC kembali menyusun perlawanan dan hampir menyamakan kedudukan melalui tandukan Ifedayo Omosuyi namun tepat ke dakapan penjaga gol Kuching City, Wan Muhammad Azraie Wan Teh pada minit ke-26.
Sebelum itu, Mohd Akmal telah dilayangkan kad kuning pertama kerana mengasari penyerang lawan, Abu Kamara.
Sang Kenari yang terdesak mencari gol untuk menyamakan kedudukan terus melancarkan serangan ke kubu pelawat dan hampir melakukannya pada minit ke-67 menerusi Manuel Ott namun percubaannya berjaya dibaca oleh Wan Muhammad Azraie.
Pedro terus menambah luka tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua Kuching City pada minit ke-72 untuk kedudukan 0-2.
KDA FC terus menyusun taktikal untuk terus merapatkan jurang gol namun kekurangan pemain yang dimiliki mereka dimanfaatkan oleh skuad Aidil Sharin Sahak.
Pelawat terus menjaringkan gol sekali lagi menerusi Pedro untuk kedudukan 3-0 pada minit ke-88 dan keputusan tersebut kekal ke tiupan wisel terakhir.
PIC - Tolong Pikap Bernama kalau ada. Page bola belum up pix game lagi.