Klopp minta perlawanan semula

Iklan
Klopp

JURGEN Klopp mahu perlawanan Liverpool menentang Tottenham Hotspur diadakan semula kerana kesilapan Video Bantuan Pengadil (VAR) menyebabkan pasukan itu kehilangan gol pembukaan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.

Kesan daripada kegagalan VAR itu menyaksikan The Reds tewas 1-2 kepada Spurs apabila pengadil tidak membenarkan gol Luis Diaz kerana salah faham keputusan pegawai VAR.

Iklan
Iklan

Badan pengadil, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) mengeluarkan perbualan audio antara pegawai perlawanan selepas permintaan daripada Liverpool, tetapi Klopp berkata ia tidak banyak memberi perubahan kepada pasukan.

"Audio itu tidak mengubahnya sama sekali. Ia adalah satu kesilapan yang jelas. Saya fikir perlu ada penyelesaian untuk itu. Saya fikir ia sepatutnya berlangsung semula.

Iklan

"Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya sudah biasa dengan keputusan yang salah dan sukar, tetapi perkara seperti ini tidak pernah berlaku dan sebab itu saya fikir ulangan perlawanan adalah perkara yang betul untuk dilakukan," katanya.

Ditanya sama ada kelab itu telah meminta atau secara rasmi akan meminta Liga Perdana untuk perlawanan ulangan, Klopp menambah:"Pada peringkat ini kami masih meneliti maklumat yang kami ada," katanya.

Iklan

PGMOL mengeluarkan kenyataan yang mengakui"kesilapan manusia yang ketara" telah menyebabkan keputusan salah dibuat.