KUALA LUMPUR - Lima kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Bukit Rambai di Melaka merupakan kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 153.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatat IPU melebihi 100 ialah Bandaraya Melaka (146), Port Dickson (109) di Negeri Sembilan dan Batu Pahat (134) serta Tangkak (116) di Johor.