Beli tujuh biji pil kuda sehari

Iklan
Dua anggota AADK (kanan dan dua kanan) sedang memeriksa barang milik dua beradik iaitu abang (kiri) dan adiknya di rumah mereka awal pagi tadi.

JERTIH - Seorang pemungut barang terbuang membelanjakan kira-kira RM70 setiap hari semata-mata untuk membeli sebanyak tujuh biji pil kuda yang diambilnya sejak 13 tahun lalu.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditangkap bersama adiknya berusia 27 tahun yang juga dipercayai penagih pil kuda dalam serbuan oleh anggota Agensi Penguatkuasa Anti Dadah (AADK) Besut di Kampung Gong Duek, Hulu Besut di sini, jam 4 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai AADK Besut, Nor Hafizza Mat Zin berkata, kedua-dua suspek yang bekerja mengutip botol kosong itu diberkas menerusi Ops Cegah membabitkan lapan anggota termasuk dua pegawai AADK Besut.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya, suspek mengaku mengambil dadah sebanyak tujuh biji sehari dan kos untuk membeli dadah dipercayai melebihi pendapatan hariannya.

Iklan

"Manakala adiknya yang mendakwa baru tiga tahun terlibat dalam najis dadah pula mendakwa mengambil dadah jenis sama dua kali seminggu dan kedua-dua mereka masih bujang," katanya.

Nor Hafizza berkata lagi, lelaki 31 tahun itu merupakan penagih tegar dan dipercayai sudah mengalami gangguan mental apabila dia bercakap seorang diri ketika intipan dilakukan.

Iklan