Jerebu semakin buruk di Indonesia, pekerja diarah bekerja dari rumah

Iklan
Pemandangan di Palembang, Indonesia ketika dilanda jerebu akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. - Foto Reuters

PALEMBANG - Jerebu semakin buruk di Indonesia dengan keadaan berasap melitupi bandar Palembang ketika mana kebakaran di lebih 300 hutan dan tanah gambut di Sumatera masih gagal dipadamkan sepenuhnya.

Keadaan sedemikian mendorong pegawai kerajaan meminta untuk pekerja tidak keluar sebaliknya bekerja dari rumah.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, sekolah diarah tutup atau ditunda sesi pembukaanya apabila tahap penglihatan akibat jerebu memburuk sejak Isnin.

Di setengah-setengah sekolah pula, pelajar diarah mengikuti pembelajaran secara dalam talian apabila kualiti udara dikategori sebagai berbahaya.

Iklan

Anggota tentera, polis dan kerajaan tempatan bertungkus lumus berusaha memadamkan kebakaran yang menjejaskan seluruh 316 kawasan tetapi berdepan cabaran cuaca kering dan berangin.

Jerebu daripada asap kebakaran di Palembang itu mengakibatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat tidak sihat selain mengancam kesihatan lebih 1.7 juta penduduk di sana serta sekitarnya.

Iklan

Kebakaran hutan dan tanah gambut yang mencetuskan pula jerebu adalah masalah tahunan dialami Indonesia dan seringkali isu itu mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan negara jirannya termasuk Malaysia serta Singapura. - Awani