Amizar didakwa bukan pengundi DUN Pelangai

Iklan
Amizar

BENTONG - Perikatan Nasional (PN) mendakwa calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam bukan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Pengarah Pilihan Raya PN Pahang, Hamdan Abdullah berkata, sebaliknya beliau merupakan pengundi di DUN Ketari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, data tersebut diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Beliau (Amizar) adalah pengundi Ketari, namun beliau berkempen agar pengundi Pelangai beri undi kepadanya.

Iklan

"Kami lihat, walaupun ini dibenarkan undang-undang pilihan raya, jelas sekali calon BN-DAP tidak bersama Pelangai," katanya pada Khamis.

Hamdan

Sementara itu, Amizar mengakui membuang undi di Ketari kerana pernah bertanding di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Iklan

Jelasnya, isu itu tidak penting kerana menjadi keutamaan adalah berkhidmat kepada pengundi di DUN Pelangai.

"Saya pernah bertanding di Ketari, jadi kalau hendak pindah undi, tidak boleh sebab ia membabitkan akta.

"Cikgu Kasim (Kasim Samat) memang mengundi di sini kerana beliau bertanding di sini (Pelangai), secara logik akal. Jadi, tak kan hendak lawan undang-undang. Kita ikut undang-undang negara," ujarnya ketika ditemui di Felda Kemahal di sini,pada Khamis.