Salah beri info konsert di Kelantan, Ukays mohon maaf

Iklan
Kumpulan Ukays atau turut dikenali sebagai Ukays Reborn.

PENGENDALI laman Facebook kumpulan Ukays tampil memohon maaf selepas memberi maklumat salah mengenai persembahan kumpulan itu di Kelantan.

Jelas individu berkenaan, Ukays akan terlibat dengan program di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan bukannya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Iklan
Iklan

"Selepas berlaku kekecohan, saya telah ditegur untuk menyunting semula hantaran tersebut dan program ini bukan konsert Ukays semata-mata.

"Ianya adalah program Festival Islam Peringkat Negeri Kelantan yang mana telah berlangsung sejak beberapa tahun lepas lagi dan berbentuk ilmiah dengan himpunan acara-acara lain," tulis pengendali akaun terbabit.

Iklan
Iklan

Terdahulu, halaman Facebook Ukays itu mengumumkan akan mengadakan sebuah konsert anjuran Majlis Agama Islam Kelantan dan perkongsian itu telah mengundang banyak reaksi dan pertikaian bagaimana negeri yang sangat tertutup dengan penganjuran acara-acara hiburan, tiba-tiba akan mengadakan sebuah konsert.