Dari tepi jalan, ke bangunan Halal Hub

Iklan
(Gambar kiri) Muhammad Khoiri menunjukkan produk yang dihasilkan kilangnya di Melaka Halal Hub, Serkam, Jasin. (Gambar kanan) Muhammad Khoiri (tengah) melihat kakitangannya membungkus daging perap.

JASIN - Bermula dengan hanya menjual ayam goreng di tepi jalan, namun berkat usaha gigih seorang lelaki berjaya meluaskan perniagaannya dengan membuka kilang ayam, daging dan kambing perap.

Bapa kepada dua orang anak yang juga Pengarah Aqiil Sdn Bhd, Muhammad Khoiri Sahat, 33, berkata, kesusahan hidup membuatkan dia yang sebelum ini menjaja di Pulai, Serkam Jasin sejak 2016 berusaha keras dengan menjadi pembekal daging perap.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bukan mudah untuk menghasilkan produk tersebut malah telah membuat beberapa kali percubaan dengan resepi tersendiri bagi menghasilkan produk yang berkualiti, namun harga berpatutan.

Bagaimanapun katanya, kejayaan yang diperolehi bukan untuk dibanggakan, namun sebagai inspirasi kepada orang lain bahawa kehidupan boleh berubah sekiranya tidak kenal erti putus asa.

Iklan

"Kesusahan yang saya lalu menjadi semangat untuk saya mengubah nasib. Alhamdulillah dari tepi jalan kini saya beroperasi di sebuah bangunan.

"Sebab itu hasrat saya bukanlah untuk menjadi kaya tapi sekadar cukup dan dapat membantu masyarakat lebih-lebih lagi mereka yang sebab kekurangan," katanya ketika ditemui di kilangnya di Melaka Halal Hub, Serkam di sini pada Rabu.

Iklan

Bapa kepada dua orang cahaya itu berkata, nama Aqiil diambil sempena nama dua anak lelakinya dan dengan produk yang dihasilkan juga, dia mahu membantu pusat tahfiz dan maahad menjana pendapatan sendiri.

Ujarnya, kerana itu dia mengeluarkan produk kambing, ayam dan daging perap di bawah jenama Perap 99 menggunakan nama Maulana Kitchen khas untuk jualan pusat tahfiz dan maahad di seluruh negara.

Katanya, menerusi produk jenama Maulana, pihaknya dapat menjual pek 700 gram daging harimau menangis dan kambing perap pada harga paling rendah iaitu RM35.

"Sebahagian hasil jualan itu akan disalurkan kepada pusat tahfiz dan kita turut menyasarkan pusat tahfiz yang terlibat mampu meraih pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 dalam tempoh tiga bulan akan datang," katanya.