Ajal doktor pulang bertugas

Iklan
Mangsa maut di Jalan Krubong di sini, pada Khamis selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Gambar kecil: Sandeep Singh Panthlia

MELAKA - Seorang doktor lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah, maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Krubong, di sini pada Khamis.

Mangsa, Sandeep Singh Panthlia, 41, yang bertugas di sebuah klinik swasta di Alor Gajah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang selesai bertugas di Alor Gajah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klebang Besar.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kereta jenis Naza Forte dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

Iklan

"Dalam masa sama, sebuah lori Isuzu Commando NHR55E yang dipandu lelaki berusia 57 tahun dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

"Akibat rempuhan itu mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu lori yang beralamat di Paya Rumput dibawa ke Hospital Melaka kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan dan menerima empat jahitan di hidung," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Iklan

Tambah Christopher, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan permintaan pemeriksaan mayat (Pol.61) telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.