SHAH ALAM - Jumlah kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat meningkat kepada tujuh berbanding hanya lima pada tengah hari Khamis.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, setakat jam 5 petang, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Bukit Rambai iaitu 154; Bandaraya Melaka (151) manakala Alor Gajah dan Cheras masing-masing mencatatkan 105.
Iklan
Iklan
Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Port Dickson, Negeri Sembilan (134); Tangkak, Johor (113) dan Batu Pahat (103).
Selain itu, beberapa kawasan di enam negeri mencatatkan IPU baik iaitu Kangar, Perlis (34), Langkawi, Kedah (22), Sungai Petani (39), Alor Setar (41) dan Kulim Hi-Tech (50).
Di Pulau Pinang, Balik Pulau (29) dan Minden (35) manakala Taiping, Perak (41), Besut, Terengganu (38), Tanah Merah, Kelantan (32) serta Kota Bharu (34).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).
Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.