Lovelly Anne hadiahkan perak

Iklan
Atlet karate, Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

ATLET karate, Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.

Pada aksi di Gimnasium Pusat Sukan Linping itu, Lovelly Anne terpaksa akur tewas kepada pemenang pingat emas dua edisi berturut-turut pada 2014 dan 2018, Kiyou Shimizu dari Jepun.

Iklan
Iklan

Lovelly Anne memungut 39.80 mata manakala Shimizi memungut 42.60 untuk mempertahankan pingat emas tersebut.

Kejayaan Lovelly Anne itu juga memastikan kontinjen negara berjaya melengkapkan sasaran 27 pingat.

Iklan
Iklan