Jerebu Indonesia seperti tiada kesudahan

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan di Palembang. - AFP

PALEMBANG - Lebih 300 kebakaran hutan dan tanah gambut di pulau Sumatera di Indonesia telah menyebabkan seluruh wilayah itu diselubungi jerebu sehingga mendorang pegawai kerajaan meminta orang ramai bekerja dari rumah.

Ketua Agensi Pengurusan Bendana Sumatera Selatan, Iriansyah berkata, tentera, polis dan kerajaan tempatan bekerjasama memadamkan kebakaran yang berlaku di 316 tempat di wilayah Sumatera Selatan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, jerebu dicetuskan asap kebakaran hutan di Palembang telah menyebabkan kualiti udara tidak sihat terhadap 1.7 juta penduduk di kawasan itu.

"Terdapat potensi tinggi untuk orang ramai mengalami jangkita saluran pernafasan, batuk, sesak nafas dan kerengsaan mata,"katanya.

Iklan

Kerajaan di Sumatera Selatan pada minggu lalu telah mengarahkan sekolah menanggukan waktu pembukaan, ketika jerebu dilihat semakin berkurangan setiap hari.

Namun, pada Isnin lalu pihak sekolah meminta pelajar mengadiri kelas dalam talian selepas kualiti udara semakin teruk dan dikategorikan sebagai berbahaya.

Iklan

"Kami bimbang jerebu semakin teruk di Palembang...ramai kanak-kanak jatuh sakit dan kami hanya boleh berdoa agar bencana ini tamat segera," kata pekerja swasta, Umi Kalsum.

Sementara itu, kemuncak fenomena El Nino yang menjadi penyebab kebakaran hutan di Indonesia akan berlarutan sehingga penghujung bulan ini sebelum hujan dijangka berlaku pada November.

Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dwikorita Karnawati berkata, El Nino diramal sederhana sehingga penghujung tahun ini dan mula lemah pada Februari sebelum diramalkan berakhir pada Mac tahun depan.

Justeru, peralihan daripada musim kemarau kepada musim hujan dilihat akan bermula pada November, sekali gus dapat meredakan masalah kebakaran hutan dan jerebu yang sedang melanda Indonesia serta negara jiran lain. - Agensi