BANGI - Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Dia harus diberi ruang. Andai kata saya ambil alih pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang berjasa kepada negara kita,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk"Digital Native Agenda” di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.