Institusi wakaf perlu diperkukuh

Iklan
Fazrul

SHAH ALAM - Institusi infak dan wakaf perlu diperkuatkan sebagaimana ketika di zaman nabi.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, pada zaman itu hampir 97.5 peratus pendapatan diwakafkan oleh umat Islam dengan mengambil kira zakat yang perlu dibayar sebanyak 2.5 peratus.

Iklan
Iklan

"Jadi kekeliruan kefahaman itu (perlu diperbetulkan) dan kita di WUIF memang menyokong institusi wakaf dan kita nak kembalikan semula kekuatannya," katanya selaku panelis program Sinar Live bertajuk 'Kenapa perlu berwakaf' pada Khamis.

Program yang turut menampilkan seorang lagi panelis, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Anuar Hamzah Tohar itu dihoskan Haizir Othman.

Iklan

Fazrul menegaskan, wakaf itu merupakan satu istilah yang besar dan ia dituntut agama berdasarkan surah dan ayat yang terkandung dalam al-Quran.

"Kita di WUIF buat kempen mendalami, baca dan fahami al-Quran maka apabila kita melihat kepada Surah al-Fatihah jelas bahawa bila manusia minta hidayah dan jalan yang lurus maka ALLAH jawab pada ayat kedua, al-Quran sebagai panduan.

Iklan

"Diikuti ayat ketiga dalam surah al-Baqarah iaitu tentang solat dan infak. Jadi payungnya adalah infak dan di bawahnya ada zakat, sedekah serta wakaf yang menjadi instrumen sosial yang perlu diperkasakan," ujarnya.

Justeru, menurutnya, orang yang membaca al-Quran secara langsung akan menjaga solat serta akan berinfak di mana salah satu elemennya adalah menerusi wakaf.