KUALA LUMPUR - Dua kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi ini, berbanding tujuh kawasan pada jam 5 petang semalam.
Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatat di Nilai, Negeri Sembilan iaitu 151 diikuti Bukit Rambai, Melaka dengan 112.
Iklan
Iklan
Tujuh kawasan yang merekodkan kadar IPU tertinggi pada 5 petang semalam adalah Bukit Rambai (154), Bandaraya Melaka (151); Port Dickson, Negeri Sembilan (134); Tangkak, Johor (113); Alor Gajah, Melaka; dan Cheras masing-masing 105 manakala Batu Pahat, Johor (103).
IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama