MBM mahu KPT timbang semula pelaksanaan diskaun PTPTN

Iklan
MBM mahu KPT mempertimbangkan semula pelaksanaan diskaun bayaran balik PTPTN dalam Bajet 2024. Gambar kecil: Mohd Izzat Afifi

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) mahu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbangkan semula pelaksanaan diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Bajet 2024.

Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, inisiatif pinjaman tersebut bukanlah perkara baru tetapi dilaksanakan sejak sekian lama dan diteruskan dalam Bajet 2023 dengan beberapa penambahbaikan berdasarkan kelayakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan berjaya menarik perhatian hampir 700,000 peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara konsisten sejak diperkenalkan walaupun nisbah pembayar dan peminjam tidak mapan.

"Penerusan inisiatif diskaun bayaran balik merupakan satu usaha murni untuk menggalakkan peminjam peka dengan tanggungjawab membayar semula pinjaman, memberi peluang saksama kepada bakal peminjam dan membantu mengurangkan beban ekonomi serta meningkatkan 'useable money'.

Iklan

"Selain itu, ia juga membantu kestabilan kewangan belia yang baru melangkah ke alam pekerjaan dan membina kehidupan dengan cabaran untuk mendapatkan kerjaya setara dengan kelayakan, gaji permulaan graduan rendah dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan sama ada insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN akan diteruskan dalam Belanjawan 2024 atau tidak, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (MOF).

Iklan

Sementara itu, Mohd Izzat Afifi berkata, penerusan diskaun bayaran balik pinjaman pasti akan dihargai oleh golongan belia secara keseluruhannya.

Ujarnya, pihak PTPTN juga perlu memperkasakan dan menambahbaik saluran pembayaran semula pinjaman sebagai langkah yang lebih mapan.

Tambah beliau, konsultasi berterusan bersama MOF wajar dilaksanakan KPT dalam usaha memastikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sebagai agenda utama pembentangan Bajet 2024.