PRK Pelangai: Cuaca esok diramal cerah pada pagi, ribut petir sebelah petang

Iklan
Gambar hiasan. - Foto: Bernama

KUANTAN - Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, esok.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Nazian Zainal Abidin ketika dihubungi Bernama berkata, ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari pengundian PRK DUN Pelangai yang bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dengan sembilan pusat mengundi melibatkan 30 saluran akan dibuka.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Iklan

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. - Bernama

Iklan