Barang anak dah mahal: Amyra Rosli kerja keras

Iklan

PELAKON, Amyra Rosli mengakui dirinya bukanlah seorang yang suka duduk diam dan menunggu duit jatuh dari langit.

Apatah lagi barangan keperluan anak saban tahun semakin tinggi nilainya.

Iklan
Iklan

Justeru itu, Nur Amira Izzati Rosli atau lebih dikenali Amyra Rosli, 28, berkata, dia perlu bekerja keras meskipun di bulan puasa.

"Setakat ini saya tak pernah lagi nak duduk untuk cuti lama. Mula-mula nak juga cuti panjang dan rehat terutamanya di bulan Ramadan, tapi lagi sibuk.

Iklan

"Kalau puasa tahun lepas saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Nur.

"Tahun ini mungkin sebab dengan kehadiran Aqeef Anaqi rezeki tu sentiasa ada, alhamdulillah. Mungkin juga sebab saya sudah jadi mak dan tahu selepas ini nak buat apa.

Iklan

"Oleh sebab itu, bila sudah ada anak ini saya kena lakukan sesuatu, barang anak pula sekarang dah mahal. Jadi kena bekerja,” katanya sambil tersenyum.

Dalam perkembangan terkini, Amyra sedang sibuk menguruskan perniagaan Juzfit serta kuih raya yang boleh didapati di Celebfest Suntec, Singapura dan di Bazaar Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC.